Saturday, December 6, 2014

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan novel

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Assalamualaikum? Hola, blog!

6 December dah. Rajin pula saya mengUpdate blog dekat2 nak hujung tahun ni. Padahal bukannya ada cerita best pun. Saja tangan gatal nak menaip...hehe. Eh, korang dah baca belum novel DIAGNOSIS karya 3 doktor muda yang sangat2 berbakat dalam bidang penulisan ni? Mereka Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat dan Dr. Azah. Salute dekat mereka ni walaupun doktor tapi mampu menulis karya yang macam ni. Hebatkan...

Kalau korang jenis yang suka baca kisah2 doktor, pengalaman dorang...karenah pesakit dan perubatan, bacalah buku DIAGNOSIS. Memanglah tak banyak sangat kisah di dalamnya tapi 21 cerpen pendek tu dah mampu buat korang kenal dan tahu kehidupan seorang doktor, tugas dia berhadapan dengan pesakit, dengan rakan sekerja...dengan waktu yang tak menentu... Secara tak langsung korang akan lebih menghargai peranan mereka dalam merawat pesakit. Selalunya kita fikir kerja dorang ni periksa itu ini dan bagi ubat. Siap. Selalu kita lupa yang mereka pun manusia punya emosi macam orang biasa juga. Ada masanya mereka pun jatuh sakit juga.

Cerpen2 Dr. Anwar Fazal agak pendek, ringkas dan lebih kepada dakwah. Saya tertarik dengan MALAYRIA...sejenis penyakit yang giat menular di kalangan penduduk Malaysia. Siap ada 10 rangkap terakhir sajak Tun Dr. Mahathir 'Melayu Mudah Lupa' diselitkan. Dr. Anwar Fazal juga banyak menyelitkan unsur sinis tapi penuh pengajaran. Ada hadis, petikan ayat dari Al-quran dan kata-kata hikmah yang sedikit sebanyak mampu menyedarkan pembaca agar sentiasa bergantung dan kembali pada sang pencipta. Dialah doktor segala doktor...Tuhan kita, ALLAH Azzawajalla.

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan novel

Cerpen Dr Aizzat dan Dr. Azah pula lebih panjang dan padat dengan pengetahuan perubatan masing-masing. Cerpen2 Dr Azah banyak menceritakan tentang pengalaman di bahagian perubatan kanak-kanak terutamanya dalam cerpen Tangisan Yang Dinanti. Berdebarnya bila baby tu masih tak nangis2. Macam2 kaedah yang dibuat dengan peralatan perubatan, akhirnya baby tu selamat juga. 

Cerita Dr. Azah  PRAY  itu sangat panjang tapi menyedarkan aku agar tak ambik mudah bila ambik apa2 makanan pun. Betapa bahayanya jangkitan kuman ni, kan. Jangan fikir cirit-birit tu biasa aje. Jayyid seorang doktor yang merawat ramai pesakit, tapi boleh je jatuh sakit dengan tenat sekelip mata aje. Dihujung cerita Jayyid akhirnya sedar nilai duit itu tak setanding dengan nilai nyawanya yang hampir2 hilang.

PAEDIATRICS VERSUS O&G pun best isu tentang aurat wanita di bilik bersalin dan pakar O&G. Selain tu dalam cerita ni perbualan antara Ayesha, Tina dan Hakim pun banyak membuat pembaca tahu dan sedar betapa mereka yang terlibat dengan dunia perubatan ini banyak berkorban masa untuk merawat pesakit. Orang biasa saja yang selalu memandang remeh pada petugas perubatan ini.

Novel DIAGNOSIS Bukan Sembarangan Buku

Tulisan Dr. Aizzat pun tak kurang bestnya..cerita berdasarkan pengalaman sebagai pakar neurosurgery. MEMORI PITUITARY MACROADENOMA membawa kita pada pengorbanan ibu pada anaknya. Sanggup tak nak dibedah semata2 nak bersama dengan anaknya, tak kisah biarpun deria penglihatannya akan hilang. Memang sedihlah... SESINGKAT WAKTU pun best. Buat aku sedar dan mungkin juga pembaca lain...yang usia kita ni, tak ada siapa yang tahu sampai bila. Bila2 masa bila ALLAH nak tarik balik, kita cuma peminjam sementara saja. Jangan leka...mati itu bila2 masa saja.

ADRENALINE cerita yang paling best. Betapa petugas2 perubatan sangat2 berusaha untuk menyelamatkan Iskandar. Bermacam2 kaedah hinggakan lelah dan penat mereka langsung tak diendahkan kerana bertungkus-lumus mengembalikan denyutan jantung dan nadi pesakit. Tapi penghujungnya, mereka akhirnya akur lelaki itu gagal diselamatkan. Memang sedih...tapi begitulah realitinya. Aku suka ayat yang Dr. Aizzat selitkan lepas dengan rintihan Puan Ayu pada arwah suaminya.. 'Itulah kehidupan, apabila tiba masa ALLAH menarik, DIA menarik dan apabila tiba masa ALLAH memberi, DIA memberi. Aku percaya rancangan ALLAH itu penuh dengan hikmah.'

Cerita ADRENALINE ni juga ditutup dengan ayat2 yang cukup membuat kita sedar dan perlu menghargai keluarga dan insan2 tersayang kita. Kita tak tahu, berapa masa yang kita atau meraka ada. Mungkin kita atau mereka yang pergi dulu. Segalanya mungkin dan hanya ALLAH yang mengetahuinya. Ayat2 terakhir Dr Aizzat dalam ADRENALINE "Kita mampu merancang, tetapi jika apa yang dirancang itu tidak sama dengan perancanganNYA, siapa kita untuk mempersoalkan kerana kita merancang dan DIA juga merancang tetapi dipengakhirannya, hanya DIAlah yang sempurna. Itu yang sering kita lupa..."

Ok cukuplah review saya tentang novel DIAGNOSIS ni... Nanti ada DIAGNOSIS 2, Fatin Liyana pun akan turut menyumbangkan karya juga. Jujurnya saya baca buku ni lepas baca blog dia...lepas baca 2 entry yang ada sebut AF yang seolah2 sangat dekat dengan Fatin Liyana..maksud saya nak pulang jenguk ayah dia yang kena duduk kat wad pun, dia tanya AF hehe. Memula tak faham juga AF tu apa, Akademi Fantasia ke? Lama2 saya fikir...AF tu Anwar Fazal. Owh! Patut ada yang kata DIAGNOSIS tu bf Fatin Liyana yang tulis. Memang sesuailah tu...sangat sepadan, doktor dengan doktor. Rupanya Anwar Fazal ni sepupu Syamsul Yusof...dorang pernah buat single tahu lepas tak silap. Single apa? Tengok kat yutube la kalau nak tahu.


Ni sinopsis belakang novel DIAGNOSIS
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah.

"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
 

No comments: